~fwENz~

~bout mE~

Click to view my Personality Profile page

Monday, March 29, 2010

BENGKEL KERJAYA '10

Thursday, March 18, 2010

menariKKKK....

"ambo oghe klate"

Friday, March 12, 2010

MAAHAD TERUS UNGGUL


KOTA BAHRU, 11 Mac: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.

Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).

Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.

Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi.

Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.

Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.

Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).

Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.

Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20).

Sementara itu, Habibah Hanan(gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.

“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.

“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.

Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik.

Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.

Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.

“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.

Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.

sumber:http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25478:spm-2-pelajar-maahad-muhammadi-dapat-15a&catid=1:utama&Itemid=50

"PROUD BEING MAAHADIAN-BUMI TARBIAH"

Saturday, February 27, 2010

Kerana Ilmu kita bertemu, kerana AMAL kita bersatu


Saya menjemput semua sahabat dari sekolah Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu, Maahad Muhammadi (P) Pasir Pekan dan Maahad Muhammmadi (L) untuk menghadirkan diri ke Family Day AMAL lembah Klang.

Bleh bawa suami, isteri atau anak2 bagi yang dah berkeluarga

Maklumat lanjut :

7 hb Mac 2010 ( Ahad )
Masa: 8:30pagi-2 ptg
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa KL
Bayaran: Rm2
Makanan disediakan
Banyak aktiviti menarik disediakan
Sebarang persoalan bleh tanya Hisyam UniKL (013-3084196) / Husna (017-3618812)

Kerana Ilmu kita bertemu, kerana AMAL kita bersatu.. InsyaAllah..

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahfi :14-15)

Monday, February 8, 2010

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI) AMBILAN JUN 2010

A. IKLAN PERMOHONAN

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Sepenuh Masa di Institut Pendidikan Guru.

1. KETERANGAN PROGRAM

Nama Program

:

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH SEKOLAH RENDAH (KPLI SR)

Tempoh Pengajian

:

Satu (1) Tahun

Mode Kursus

:

Sepenuh Masa

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

2.1

Kewarganegaraan

Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

2.2

Umur

a.

Umur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1975.

2.3

Kelayakan Akademik

a.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.

b.

Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di alamat berikut :http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

c.

Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.

d.

Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).

3. SYARAT TAMBAHAN

3.1

Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

3.2

Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan.

3.3

Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum

3.4

Calon yang memiliki ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu.

3.5

Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

4. CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

4.1

Calon yang telah memiliki kelayakan ikhtisas perguruan seperti Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan, Diploma dengan Pendidikan, Diploma Pendidikan, Diploma Perguruan atau Sijil Perguruan.

4.2

Calon yang masih lagi terikat dengan Kontrak Perkhidmatan Agensi Kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Mod Kursus Dalam Cuti kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.3

Calon yang pernah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

4.4

Calon yang pernah dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan atau dalam latihan.

4.5

Calon yang pernah disabitkan dalam kesalahan penyalahgunaan dadah atau jenayah.

5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

5.1

Sekolah Kebangsaan (SK).

Bil.

Bidang

Bil.

Bidang

1.

Prasekolah

10.

Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

2.

Bahasa Melayu

11.

Agama Islam

3.

Bahasa Inggeris

12.

Pendidikan Seni Visual

4.

Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan

13.

Pendidikan Jasmani

5.

Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan

14.

Bimbingan dan Kaunseling

6.

Matematik

15.

Pendidikan Pemulihan

7.

Sains

16.

Pendidikan Muzik

8.

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

17.

Malaysia Negaraku

9.

Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

5.2

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Bil.

Bidang

Bil.

Bidang

1.

Prasekolah

9.

Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

2.

Bahasa Melayu

10.

Agama Islam

3.

Bahasa Inggeris

11.

Pendidikan Seni Visual

4.

Bahasa Cina

12.

Pendidikan Jasmani

5.

Matematik

13.

Bimbingan dan Kaunseling

6.

Sains

14.

Pendidikan Pemulihan

7.

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

15.

Pendidikan Muzik

8.

Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

16.

Malaysia Negaraku

5.3

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Bil.

Bidang

Bil.

Bidang

1.

Prasekolah

9.

Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

2.

Bahasa Melayu

10.

Agama Islam

3.

Bahasa Inggeris

11.

Pendidikan Seni Visual

4.

Bahasa Tamil

12.

Pendidikan Jasmani

5.

Matematik

13.

Bimbingan dan Kaunseling

6.

Sains

14.

Pendidikan Pemulihan

7.

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

15.

Pendidikan Muzik

8.

Pendidikan Khas Masalah Pendengaran

16.

Malaysia Negaraku

6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

6.1

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat:http://www.moe.gov.my mulai 08 Febuari 2010.

6.2

Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS).

6.3

Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

6.4

Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.

6.5

Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.

6.6

Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN

7.1

Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujukKalendar Aktiviti Permohonan KPLI Ambilan Jun 2010 di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.)

7.2

Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini untuk maklumat lanjut).

7.3

Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian.

7.4

Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diridaripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.

7.5

Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

7.6

Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan.

7.7

Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut :
http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp

7.8

Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan bagi Ambilan Jun 2010 ditutup pada 21 Februari 2010.

9. PENDAFTARAN

Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.

10. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atauinstitusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
( u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar )

Nombor Telefon :

03-88841260
03-88841245

03-88841243

03-88841235
03-88841231
03-88841226

URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah

Nombor Telefon :

088–236804

URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak

Nombor Telefon :

082 – 258045