~fwENz~

~bout mE~

Click to view my Personality Profile page

Sunday, November 1, 2009

MASJID BEIJING, RANTAU PANJANG





Masjid Beijing ataupun Masjid Cina, itulah nama jolokan yang diberikan oleh penduduk setempat kepada Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra yang telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Masjid tersebut diilhamkan sendiri oleh Tuan Guru.Masjid ini menggabungkan seni budaya cina dan Thailand yang menjadi symbol perpaduan masyarakat Kelantan yang melangkaui batas bangsa.
Apa yang menariknya masjid ini diurus sepenuhnya oleh kaum Cina Muslim dari imam hinggalah ke ajk-ajknya. Inilah hikmah disebalik pembinaan masjid yang cukup unik apatah lagi apabila dibina di negeri Kelantan yang majoriti penduduknya adalah Melayu. Tuan Guru sendiri semasa majlis perasmian tersebut menjadi makmum, yang umum mengetahui mana-mana kunjungan Tuan Guru ke masjid-masjid beliau akan menjadi imam.
Suasana menunaikan solat di Masjid Jubli Perak amat meriah sekali pada hari raya yang lalu. Manakan tidak, anak-anak Kelantan di perantauan yang pulang ke kampung di sekitar Rantau Panjang mengambil kesempatan untuk menunaikan solat di masjid berkenaan walaupun terpaksa solat beralaskan tikar kerana jemaah yang terlalu ramai ditambah pula pembinaan yang masih belum siap sepenuhnya. Paling best, selepas solat sunat aidilfitri, diadakan juga jamuan hari raya diperkarangan kawasan masjid berlatarkan suara latar oleh tok imam masjid berkenaan (cakap pelat cina Kelantan..hehehehe) yang bertindak sebagai DJ.
Mengimbas kembali beberapa bulan lalu, masjid ini pernah dijadikan bahan kontroversi oleh Barisan Nasional sebelum menjelang pilihanraya umum ke 12 lalu yang mendakwa projek pembinaannya terbengkalai. Apapun, inilah hasilnya apabila sesebuah masjid yang dibina atas dasar iman dan taqwa, bukan dasar kemegahan serta kebanggaan semata-mata.

sumber: http://aremaf2u.blogspot.com
gambar: http://raykinzoku.fotopages.com
"Inilah pembangunan, Inilah kemajuan"

0 comments: