~fwENz~

~bout mE~

Click to view my Personality Profile page

Thursday, October 15, 2009

Tiada pemisahan dalam agama dan politik

Strategi awal yang dilakukan oleh para sekularis bagi mewujudkan pemikiran mereka adalah mengubah hubungan antara negara dengan agama sesuai dengan teori yang mereka anuti. Mereka memisahkan politik daripada agama serta memisahkan agama daripada negara. Mereka juga mempopularkan ungkapan “Tiada agama dalam negara dan tiada negara dalam agama”. Mereka menganggap bahawa agama adalah persoalan yang bersifat peribadi.

Agama hanya dipandang sebagai ritual yang mengikut kepentingan tertentu, material, parti, kumpulan atau tujuan jangka pendek lainnya. Jika dikaitkan dengan agama, politik bererti keadilan bagi rakyat, pemberian hak yang sama, membantu rakyat yang tertindas dan menghukum pelaku-pelaku kejahatan, mengambil hak rakyat lemah daripada yang kuat, memberikan kesempatan yang sama, fakir miskin, perantau-perantau dan yang terpenting memenuhi hak rakyat ramai.

Menjauhkan politik dengan agama sama dengan menjauhkan politik daripada unsur-unsur pembentuk kebaikan dan penolak kejahatan, menjauhkan daripada pendorong kebaikan dan ketakwaan, serta membiarkan politik penuh dengan dosa dan permusuhan. Sebaliknya, mengaitkan politik dengan agama bererti membantu negara dalam memperbesar ‘kekuatan iman’ atau ‘kekuatan psikologi’ agar dapat melayani masyarakatnya. Juga mengisi politik dalam negara dengan petunjuk bukan dengan kesesatan, dengan istiqamah bukan dengan penyimpangan, dan secara bersih bukan dengan cara-cara kotor yang haram.

Kejayaan Islam di zaman silam memperlihatkan politik yang dikaitkan dengan agama membolehkan mereka mampu menakluk banyak negara malah mengalahkan negara-negara besar. Mereka mampu mendirikan negara keadilan dan kebenaran dan melengkapinya dengan budaya ilmu dan keimanan dengan bernaung dibawah bimbingan al-Quran. Sama halnya dengan Zionis yang berkuasa sekarang, mereka menggunakan agama (Yahudi) untuk mendirikan Negara Israel dan membentuk setiakawan umat Yahudi di seluruh pelusuk dunia dalam membela negaranya.

Begitu juga dengan George Walker Bush yang merupakan pengikut ekstrim aliran Gereja Kanan. Bagaimana mereka menggunakan agama mereka dalam memperkuat tirani politiknya yang membelenggu dunia dengan cara yang tidak benar. Fenomena ini jelas bertentangan dengan anggapan bahawa semua politik adalah sekular dan sama sekali tidak memberikan jalan terhadap agama.

1 comments:

hani said...

Agama bukanlah hanya di tiang masjid.. ia mencakupi semua hal. tidak wajar diasingkan agama dgn politik yakni sekular yg dilihat telah diserap dalam pembentukan negara kita hadiah dari penjajah di atas kemerdekaan kita...