~fwENz~

~bout mE~

Click to view my Personality Profile page

Saturday, October 17, 2009

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SAINS

Masyarakat Islam kini berhadapan dengan pelbagai masalah yang rumit khususnya masalah sosial yang melanda remaja hari ini seperti zina, penceraian, rogol, sumbang mahram dan sebagainya yang semakin hari semakin tinggi peratusannya. Dalam usaha menyelesaikan masalah ini, pendekatan tembahan perlu diambil dalam penghayatan akidah kerana masalah-masalah tersebut berlaku disebabkan oleh kelemahan iman seseorang bukannya kerana kekurangan ajaran agama.

Akidah Islam yang merangkumi aspek-aspek uluhiyyah, nubuwwah, ruhaniyyah dan sam'iyat boleh dibuktikan dengan dalil naqli dan juga aqli. Hujah-hujah akal dan logik tidak boleh digunakan untuk membuktikan perkara-perkara kenabian dan perkara-perkara ghaib. Oleh sebab itu, usaha-usaha untuk membuktikan perkara-perkara tersebut menggunakan hujah akal menyebabkan kesesatan sebagaimana yang berlaku di zaman perkembangan falsafah Islam suatu ketika dulu.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pengukuhan akidah melalui penghayatan sains dalam al-Quran telah digunakan. Melalui pendekatan ini, ayat-ayat al-Quran yang menyatakan tentang fenomena alam diperjelaskan dengan menggunakan ilmu pengetahuan sains moden. perkara-perkara seperti syurga dan neraka, pahala dan dosa, hari akhirat, malaikat, jin, syaitan dan alam ghaib serta perkara-perkara lain juga diceritakan di dalam al-Quran.

Pengkajian alam tabii yang didorong oleh asas iman akan akhirnya menjadikan mereka insan sains seimbang dengan memiliki ciri-ciri berikut; Pertama, berilmu dan beriman, kedua, muslim iaitu tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T, ketiga, berakhlak dan keempat, berkemahiran dalam kaedah proses sains Islam.

Insan sains seimbang yang berkemahiran dalam kaedah proses sains Islam berupaya menyaksikan kebenaran alam nyata dan alam ghaib, dapat melaksanakan kemahiran dalam proses sains dengan menggunakan akal rasional dan daya intelektual sebagai alat pencerap kebenaran, mampu berfikir berpandukan wahyu, dan melaksanakan inferen melebihi alam nyata iaitu sehingga menjangkau alam metafizik serta akhirnya melaksanakan gabungan fikir dengan zikir.

1 comments:

Anonymous said...

kejadian sains jika dihayati mmg menunjukkan kaagungan dan kebesaran Allah..
contohnya, betapa hebatnya penciptaan manusia yang diciptakan hanya bermula dengan setitis air mani..