~fwENz~

~bout mE~

Click to view my Personality Profile page

Sunday, October 18, 2009

Ibnu Miskawaih, Bapa Etika Islam

Merupakan guru ketiga selepas al-Farabi, seorang saintis agung kelahiran Ray, Parsi (sekarang Iran) sekitar tahun 320 H/932 M. Beliau bukan sahaja seorang saintis hebat, bahkan ia juga dikenali sebagai seorang ahli falsafah, penyair, dan sejarawan yang sangat terkenal.

Sejarah dan falsafah merupakan dua bidang yang sangat disenanginya. Selain itu, Ibnu Miskawaih juga merupakan seorang yang aktif dalam dunia politik di era kekuasaan Dinasti Buwaih, di Baghdad. Dia mengkombinasikan karier politik dengan peraturan falsafah yang penting. Akhir hidupnya banyak dicurahkannya untuk belajar dan menulis.

Ibnu Miskawaih lebih dikenali sebagai ahli falsafah akhlak (etika) walaupun perhatiannya luas meliputi ilmu-ilmu yang lain seperti perubatan, Bahasa, sastera, dan sejarah. Bahkan dalam sastera falsafah Islam, tampaknya hanya Ibnu Miskawaih inilah satu-satunya tokoh falsafah akhlak sehingga dianggap sebagai bapa etika Islam. Beliau telah telah merumuskan asas-asas etika di dalam kitabnya Tahdzib al-Akhlaq wa Tathir al-A'raq (pendidikan budi dan pembersihan akhlaq). Sementara itu sumber falsafah etika ibnu Miskawaih berasal dari falsafah Greece, tamadun Parsi, ajaran Syariat Islam, dan pengalaman peribadi.

Menurut Ibnu Miskawaih, akhlak merupakan bentuk jamak dari khuluq yang bererti peri keadaan jiwa yang mengajak seseorang untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa difikirkan dan diambil kira dahulu. Sehingga boleh dijadikan fitrah manusia maupun hasil daripada latihan-latihan yang telah dilakukan, sehingga menjadi sifat diri yang boleh melahirkan khuluq yang baik.

Beliau berpendapat bahawa ada kalanya manusia mengalami perubahan khuluq sehingga diperlukan peraturan-peraturan syariat, nasihat, dan ajaran-ajaran tradisi berkaitan sopan santun. Ibnu Miskawaih memerhatikan pula proses pendidikan akhlaq pada anak-anak. Menurut beliau, minda anak-anak seperti mata rantai daripada jiwa kebinatangan dan jiwa manusia yang berakal. Jiwa anak-anak itu menghilangkan jiwa binatang tersebut dan memunculkan jiwa kemanusiaannnya.

Sementara itu, nilai-nilai keutamaan yang harus menjadi perhatian ialah tentang aspek jasmani dan rohani. Beliau memberi keutamaan kepada pergaulan anak-anak supaya ditanamkan sifat kejujuran, qonaah, pemurah, suka mengalah, mngutamakan kepentingan orang lain, rasa wajib taat, menghormati kedua orang tua, serta sikap positif yang lain.

''Setiap manusia mempunyai potensi asal yang baik dan tidak akan berubah menjadi jahat, begitu pula manusia yang mempunyai potensi asal jahat sama sekali tidak akan cenderung kepada kebaikan, adapun mereka yang yang bukan berasal daripada keduanya maka golongan ini boleh beralih pada kebaikan atau kejahatan, bergantung dengan pola pendidikan, pengajaran dan pergaulan'.- Ibnu Miskawaih-

0 comments: