~fwENz~

~bout mE~

Click to view my Personality Profile page

Sunday, October 18, 2009

SISWI DUA ALAM...???.


....KUALA LUMPUR: Di siang hari, penampilan mereka bak muslimah sejati tetapi apabila tirai malam dibuka, hilang segala tudung, baju kurung atau jubah yang dipakai dan perwatakan mereka juga bertukar 100 peratus.

Ada yang ‘kemaruk’ berhibur di disko atau karaoke dan lebih mengejutkan, ada juga yang ‘lemas’ di pangkuan lelaki yang jauh lebih berusia tetapi berpoket tebal.

Itu tembelang segelintir ‘siswi alim kucing’ yang hanyut dengan gaya hidup kota metropolitan selepas bebas daripada pemantauan ibu bapa berikutan berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).......

Begitulah sebahagian daripada laporan akhbar harian metro bertarikh 10 oktober yang lalu. paling menyedihkan, rutin ini berlaku di kalangan siswi yang jelas tercatat kalimah “islam” dalam kad pengenalannya..

mereka sepatutnya menuntut ilmu tetapi sebaliknya yang berlaku apabila terpesong dengan apa yang dipelajari. tindakan ini bukan sahaja merosakkan diri sendiri malah menghina islam apabila ada di antara mereka merupakan penuntut di bidang agama.

meskipun isu ini bukanlah perkara baru dalam dunia ipt, ia perlu dipandang serius serta perlu dibanteras kerana mahasiswa hari ini penentu agama dan negara masa hadapan. jabatan agama khususnya, perlu mengambil tindakan drastik dengan mewujudkan peraturan dan hukuman yang lebih berat dalam menangani masalah sebegini.

Manakala peranan institusi pendidikan sendiri amatlah besar dalam mencari formula terbaik bagi membendung penglibatan pelajar-pelajar mereka dalam masalah yang bukan sahaja merosakkan diri siswi terbabit tetapi juga nama baik institusi pendidikan itu sendiri.

4 comments:

nur said...

erm, betul 2...
tapi pentadbiran U pn kne amk berat kan hal ini...

Teruskan Hidup said...

sangat menyedihkan...
golongan cerdik pandai menjadi manusia paling bodoh disisi Islam...
nauzubillah...

Anonymous said...

mugkinkah masalah kewangan punca utama masalah ini?
jika benar, wajar diambil langkah2 yang perlu sprti menyemak semula kuota pemberian biasiswa dan jumlah pinjaman ptptn yang mugkin menghimpit pelajar saban hari...

nik said...

Moga kita sentiasa dipimpinNya