~fwENz~

~bout mE~

Click to view my Personality Profile page

Friday, October 16, 2009

Baitul Muslim

Masalah keruntuhan rumahtangga begitu menonjol dalam kehidupan masyarakat sekarang. Kes-kes yang berhubung dengan perkahwinan memang terlalu rumit untuk diselesaikan. Kerana itulah beberapa pihak mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini melalui Unit Kaunseling. Walaupun tidak mampu menyelesaikan masalah secara tuntas, tetapi peranannya amat diperlukan.

Perkahwinan merupakan suatu jalan yang sah disisi syarak bagi menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan juga wanita. Tetapi hikmah tasyri' disebalik sesebuah perkahwinan tidak terbatas setakat itu sahaja malahan ia menjangkau hingga kepada sesuatu yang tidak dapat difikirkan oleh manusia. Al-Quran menjelaskan bahawa ianya adalah untuk memenuhi fitrah emosi manusia seperti mendapat ketenangan jiwa dan kasih sayang.

Institusi kekeluargaan Islam adalah suatu bentuk perlindungan, jaminan sosial serta pengagihan tanggungjawab. Tidak terdapat sebarang kecelaruan tentang teori pembentukan sebuah keluarga Islam kerana telah ditentukan oleh prinsip-prinsip syarak bahawa pemilihan suami atau isteri adalah perlu berdasarkan kepada petunjuk-petunjuk tertentu.

Islam melihat kebahagiaan sesebuah rumahtangga bukan semata-mata terhad kepada anggotanya malahan keluarga dianggap sebagai tapak semaian bagi tumbuhnya sesebuah masyarakat. jika baik keluarga maka baiklah masyarakat dan jika rosak keluarga maka porak-perandalah masyarakat. Di samping itu, institusi keluarga dianggap sebagai penyalur dan pemindah budaya Islam untuk generasi yang akan datang.


1 comments:

Lien Abdullah said...

Sebelum membentuk baitul muslim perlulah kita membentuk individu muslim barulah bahtera yg dibina dapat belayar dengan baik walaupun dilanda badai kerana itu adalah asam garam dalam perkahwinan. Malahan perkahwinan adalah sunnah dan utk melengkapkan agama. Maka perlulah kita melengkapkan diri dgn ilmu sebelum berkahwin.