~fwENz~

~bout mE~

Click to view my Personality Profile page

Thursday, October 15, 2009

Audit Syariah Dalam Institusi Kewangan

Kepesatan perkembangan industri kewangan Islam dewasa ini amatlah dibanggakan. ini bererti kesedaran pengguna dan pelabur tentang kewajipan melaksanakan muamalat Islam adalah suatu keperluan dalam usaha mencapai kestabilan kewangan khasnya dan ekonomi amnya. disini perlunya Audit Syariah yang berperanan untuk memastikan setiap keputusan Majlis Pengawasan Syariah dilaksanakan dengan tepat dan betul oleh institusi kewangan terbabit.

Audit didefinisikan sebagai pemeriksaan dan pengesahan kira-kira manakala syariah ialah hukum Islam. Audit syariah dapat disimpulkan sebagai pemeriksaan dan pengesahan urus tadbir sesuatu organisasi bagi memastikan organisasi tersebut dikendalikan mengikut prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Islam..

Antara bidang tugas audit syariah adalah memberikan bantuan dan nasihat kepada organisasi secara komprehensif dalam pelbagai isu berkaitan syariah. Selain itu, tugas lain adalah memastikan segala urus tadbir bebas daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan syaraih seperti penipuan, pecah amanah, kecurian, pembaziran serta mencadangkan kawalan-kawalan untuk menghalang dan mengesan sebarang kejadian tersebut.
Apabila dicadangkan mengenai audit syariah ini, terdapat beberapa permasalahan yang timbul antaranya Jawatankuasa Audit Syariah di peringkat nasional masih belum ditubuhkan menyebabkan satu garis panduan audit syariah belum diusaha dan diperkenalkan lagi. Selain itu, tidak ada juruaudit berpengalaman dan betul-betul menguasai bidang audit syariah. Dalam masa yang sama, tidak terdapat badan-badan tertentu yang melatih Juruaudit Syariah secara menyeluruh dan berkesan.

Demi menjamin kesucian muamalat Islam amatlah wajar audit syariah dilaksanakan dan dikuatkuasakan, ianya bertujuan untuk memantau dan memastikan setiap keputusan Majlis Pengawasan Syariah dipatuhi oleh institusi kewangan Islam. Dalam konteks tuntutan semasa, Audit Syariah dilihat mampu untuk mempertingkat tadbir urus dalam sesebuah organisasi terutamanya berkaitan aspek syariah. Apa yang ingin ditekankan ialah bukan sekadar urus tadbir yang perlu menepati kehendak syariah tetapi juga tenaga kerjanya, perlu mempunyai sikap dan tingkah laku yang selaras dengan kehendak syarak.

0 comments: