~fwENz~

~bout mE~

Click to view my Personality Profile page

Saturday, October 31, 2009

kisAh pEngEmbalA kAmbiNg..

Suatu hari datang seorang cendekiawan Kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati, raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan Kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.
Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul. Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.
Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing.
Cendekiawan pun mula bercerita...
Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)
Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam.
Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi.
Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu. Jawapannya telur... betullah... Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami Islam sepenuhnya, serta menyebarkannya.
Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor?
Gembala kambing pun bercerita...
Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh. Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia.
Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga.
Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk Islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi...
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun Islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela...

"الإسلام يعلو ولا يعلى عليه"

Iktibar dari Al Quran

Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .
Apabila kita selaraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .
Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

"mOgA diAmpUnkaN sglA dOsa"

Thursday, October 29, 2009

notE bElau

hurm..nih la note yg korang tunggu2...hihi..memang saje wat korang tunggu...
urmm..sekadar pembetulan, belau n org asli adlh topik yg same...
tjok kitorang "masalah dan cabaran saudara baru selepas memeluk Islam: kajian di Kg bElau..
nway..sori lah wat korang tunggu....download lah....
sOri gAk kPd yg terAsa..hihi.
"selamat study"

Wednesday, October 28, 2009

tRy thIs

try this....juz for fun.

Tuesday, October 27, 2009

sajE tadE kEjE....

huhu..ntahpape jew tajok n3....
nway aQue br blIk exAm ni...alhAmdulillah,boley la jawab.....pulUn duk hAfal smlM...smpi x tdO.. habit aQue klo eXm cmtu r...x tdO..esp klO eXm kul 8.30..blIk eXam msti kAram glEr ah...huhu,bOm mltOp pon x sdar kowt....
nwAy ni lEw schEdulE exAm aQue tok sEm ni..sajE nGengadE nK shAre nGn korAng..jGn tEnsEn lak..hihi...wlopOn da lPs 2 pApEr....
20/10 tEknOlogi mAklumAt dakwAh
27/10 etikA kErja & pErkhidmAtaN Islam
28/10 pEngUrusan EmOsi
2/11 MetodOlogI dAkwah mUslIm
10/11 sistEm pEntadbirAn Islam
12/11 pEngurusAn pErsonAliA Islam
13/11 balik kg daaaaaaa...hihi
nih la schEdulE yg wAt lifEstylE aquE bErubah..tdO siAng hAri..mLm lAk cm mUsang cR ayAm gayEnyE....skAdaR bErcelOteH.....
thAt's All 4 tOday...nk tdOw spUas2nYe....hihi.sOk EmO plAk...
"trAnsfEr oF excitAtiOn"

Saturday, October 24, 2009

thEsiS o thEsiS....

hehe...tajok tesis da kuar....cuak gler aque...x g tgk pon...hehe..bdk2 ni yg inform...katenye aque dpt ngn Dr Ghafar Don....da ku agak dh......tajoknye Aplikasi Kepimpinan Dakwah Dalam Organisasi: Kajian di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).. tajok ni mmg tajok yg ak pilih r...ttibe rase takot lak..hikhikhik...cm blUr sudaaa...tatau nk stat dr mn....arap senang la keje sepanjang nk siapkn tesis tu....da tau tajok ni, ley la mulekan gerak keje awl2. esp lam cuti ni...hehe..paling kurang wat proposal dlu...hihi..mmm.blUrRrr....
arap2 gak x de mslh ngn pihak KESEDAR tu....hope dorang x -ve thinking sal aque....hehe...
"makkk,.,.,.takOtttt"

Friday, October 23, 2009

tAbik sEtaN???

haa....ni,aQue jmpE kt wEb PPIM...nk taU detAils, klik kt sbLh tu hA...PPIM. tP aQuE citE gAk lA skEt....

tabiks1.jpg Horned God Merupakan dewa yang bertanduk sihir. Pan atau Cernunnos. Perhatikan jempol di

bawah jari dan diberikan oleh tangan kanan.

tabiks2.jpg Hand The Sign merupakan pengiktirafan antara mereka di Occult*. Ketika menunjuk

pada seseorang, ia bermaksud tempat kutukan. Perhatikan ibu jari di atas jari dan diberikan oleh

tangan kiri.

tabiks3.jpg Sign atau Moon Sign Digunakan untuk memberi hormat kepada bulan naik. Juga digunakan oleh surfers dan pasukan bola sepak. Ini adalah tanda bahawa kehebohan harus digunakan termasuklah tanda "Um Hook" ni.

tabiks5.jpg

Anton LaVey, ketua dan pengasas Gereja Setan dan pengarang The Satanic Bible, yang

memaparkan "Horned Hand" (juga disebut "syaitan memberi hormat" dan Il Cornuto) dengan

tangan kiri, di sampul belakang The Satanic Bible.

tabiks6.jpg

A Satanic Ritual
"syaitan memberi hormat" kepada
tanda yang memaparkan sebuah
altar Kambing daripada Mendes
atau Baphomet, mengiktiraf kesetiaan
mereka kepada syaitan,semasa
ritual setan.)

tabiks4.jpg

The 'Satanic Salute', Horned Hand

atau The Mano Cornuto adalah isyarat kesetiaan antara ahli Satanisme

mereka 'tanduk dewa', sebuah

tanda pengiktirafan dan kesetiaan.

tabik1.jpgtabik2.jpg

Ermmmm....Ni lAk kT mALaysIa...sumEnyE mUsliM...dOranG fAhAm kE x nGn pE yG dOraNg wAt tUh eKK...isH3...mOga2 pAsni bYk lG pdEdahaN sAl mndE2 cmNi... pErlU sEsaNgat kN?... tO aLL mY fwEn yG tLh,sDg oR akN m'cubE wAt cmNi, bek ati2.... jGn mEn ikOt sukE aTi jEw klO dH nK actiOn tUe..hihi....

*occult- sebuah agama lama..Doktrin rahsia dan amalan misteri yang melibatkan tindakan atau pengaruh lembaga supernatural atau pengetahuan rahsia daripada mereka, yang

melampaui natural sense, untuk mencari pengaruh mereka di masa depan atau sekarang, atau kehidupan lain ...

cOrat-cOret sEorang aquE

mMm..tAde Pe nk stOrykN, cMe sAje bOred, sO jeNguk kT laMan ni jAp, trasE lAk nk pOst...miNggu ni Da sTat exAm..dA lPs pOn 1st pAper..tMd, da killEr papEr tok sEm ni..huhu.kU pOn tatAu pE nk Jd nGn sbjEk tU..arAp2 ok lEw....
ari Ni, Our bEloVeD pM announcE thAt pTpTn akn jD biasiswA klO dpT 3.5 kE ats La...aduYaii... cMne nk Dpt 3.5 tu ekk......Erm, pK pnyE pk, gOt dA AnswEr.. knE stUdy hArd lAa kn...bAlancE lG sEm ni n sEm dPn....sEmpat kEW?
hikhik....papEpOwn tAwakkaL je lAh.. i've tRy mY bEz...sO, lEt hIm sEt dA rEst....

tO all mY fwEns, LeTs stUdy......gUd lUck...thAnks sBb muNcOl lAm idUp aquE...

Sunday, October 18, 2009

SISWI DUA ALAM...???.


....KUALA LUMPUR: Di siang hari, penampilan mereka bak muslimah sejati tetapi apabila tirai malam dibuka, hilang segala tudung, baju kurung atau jubah yang dipakai dan perwatakan mereka juga bertukar 100 peratus.

Ada yang ‘kemaruk’ berhibur di disko atau karaoke dan lebih mengejutkan, ada juga yang ‘lemas’ di pangkuan lelaki yang jauh lebih berusia tetapi berpoket tebal.

Itu tembelang segelintir ‘siswi alim kucing’ yang hanyut dengan gaya hidup kota metropolitan selepas bebas daripada pemantauan ibu bapa berikutan berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).......

Begitulah sebahagian daripada laporan akhbar harian metro bertarikh 10 oktober yang lalu. paling menyedihkan, rutin ini berlaku di kalangan siswi yang jelas tercatat kalimah “islam” dalam kad pengenalannya..

mereka sepatutnya menuntut ilmu tetapi sebaliknya yang berlaku apabila terpesong dengan apa yang dipelajari. tindakan ini bukan sahaja merosakkan diri sendiri malah menghina islam apabila ada di antara mereka merupakan penuntut di bidang agama.

meskipun isu ini bukanlah perkara baru dalam dunia ipt, ia perlu dipandang serius serta perlu dibanteras kerana mahasiswa hari ini penentu agama dan negara masa hadapan. jabatan agama khususnya, perlu mengambil tindakan drastik dengan mewujudkan peraturan dan hukuman yang lebih berat dalam menangani masalah sebegini.

Manakala peranan institusi pendidikan sendiri amatlah besar dalam mencari formula terbaik bagi membendung penglibatan pelajar-pelajar mereka dalam masalah yang bukan sahaja merosakkan diri siswi terbabit tetapi juga nama baik institusi pendidikan itu sendiri.

TA'ZIR DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

Dan segi bahasa ta’zir bererti menolak atau menghalang. Manakala dari segi istilah ialah hukuman yang dikenakan ke atas orang yang membuat kesalahan dan maksiat atau orang yang mencuaikan kewajipan yang tidak ditetapkan hukuman keseksaannya di dalam Al-Quran dan Hadis atau hukuman yang dikenakan ke atas orang yang melakukan jenayah yang telah ditetapkan keseksaannya, tetapi tidak cukup syarat bagi mengenakan keseksaan itu.

Terdapat tiga kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah kategori ta’zir. Pertama, Kesalahan-kesalahan hudud atau qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud atau qisas. Kedua, kesalahan-kesalahan khalwat, mencuri yang tidak cukup nisab dan sebagainya. Ketiga, perbuatan-perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam seperti mengumpat, menipu, berjudi, rasuah, mengedar dan penyalahgunaan dadah.

Bentuk-bentuk hukuman bagi kesalahan ta’zir adalah sebagaimana berikut:.

(a) Nasihat;

Menasihati orang yang melakukan kesalahan kecil bagi pertama kali agar ia tidak mengulangi lagi pada masa akan datang.

(b) Teguran;

Teguran rasmi yang dilakukan oleh hakim dengan mengeluarkan ucapan-ucapan atau melakukan sesuatu tindakan tertentu agar orang yang melakukan kesalahan akan berusaha untuk memperbaiki dirinya.

(c) Ancaman;

Mengancam orang yang bersalah agar tidak mengulangi kesalahannya di atas sebab takut dikenakan hukuman.

(d) Pemulauan;

Hukuman pemulauan dikenakan kepada pesalah agar ia berasa tersempit sekiranya ia berterusan atau mengulangi kesalahannya lantaran tidak dapat bermuamalat dengan orang lain dalam masyarakat.

(e) Perisytiharan umum;

Membuat pengisytiharan kepada umum terhadapkesalahan penjenayah. Dengannya penjenayah berasa tertekan dan malu yang amat sangat.

(f) Denda dan merampas harta;

Iaitu hukuman ta ‘zir dengan denda berbentuk kewangan dan merampas harta yang dimiliki oieh penjenayah.

(g) Penjara;

Mengenakan hukuman penjara dalam tempoh tertentu mengikut pertimbangan realiti smasa.

(h) Sebat;

Mengenakan hukuman sebat kepada penjenayah dengan jumlah sebatan yang tertentu mengikut reaiiti semasa.

(i) Bunuh;

Hukuman bunuh bagi kesalahan ta’zir dibenarkan oleh syarak bagi menjaga kemaslahatan umum masyarakat.

(j) Buang daerah;

Hukuman ini dikenakan supaya penjenayah berasa tertekan, mengalami kesusahan dan tersisih akibat dipisahkan dari kaum keluarga dan sahabat handai.

Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera. Hukuman jenayah Islam juga mengandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

Ibnu Miskawaih, Bapa Etika Islam

Merupakan guru ketiga selepas al-Farabi, seorang saintis agung kelahiran Ray, Parsi (sekarang Iran) sekitar tahun 320 H/932 M. Beliau bukan sahaja seorang saintis hebat, bahkan ia juga dikenali sebagai seorang ahli falsafah, penyair, dan sejarawan yang sangat terkenal.

Sejarah dan falsafah merupakan dua bidang yang sangat disenanginya. Selain itu, Ibnu Miskawaih juga merupakan seorang yang aktif dalam dunia politik di era kekuasaan Dinasti Buwaih, di Baghdad. Dia mengkombinasikan karier politik dengan peraturan falsafah yang penting. Akhir hidupnya banyak dicurahkannya untuk belajar dan menulis.

Ibnu Miskawaih lebih dikenali sebagai ahli falsafah akhlak (etika) walaupun perhatiannya luas meliputi ilmu-ilmu yang lain seperti perubatan, Bahasa, sastera, dan sejarah. Bahkan dalam sastera falsafah Islam, tampaknya hanya Ibnu Miskawaih inilah satu-satunya tokoh falsafah akhlak sehingga dianggap sebagai bapa etika Islam. Beliau telah telah merumuskan asas-asas etika di dalam kitabnya Tahdzib al-Akhlaq wa Tathir al-A'raq (pendidikan budi dan pembersihan akhlaq). Sementara itu sumber falsafah etika ibnu Miskawaih berasal dari falsafah Greece, tamadun Parsi, ajaran Syariat Islam, dan pengalaman peribadi.

Menurut Ibnu Miskawaih, akhlak merupakan bentuk jamak dari khuluq yang bererti peri keadaan jiwa yang mengajak seseorang untuk melakukan perbuatan-perbuatan tanpa difikirkan dan diambil kira dahulu. Sehingga boleh dijadikan fitrah manusia maupun hasil daripada latihan-latihan yang telah dilakukan, sehingga menjadi sifat diri yang boleh melahirkan khuluq yang baik.

Beliau berpendapat bahawa ada kalanya manusia mengalami perubahan khuluq sehingga diperlukan peraturan-peraturan syariat, nasihat, dan ajaran-ajaran tradisi berkaitan sopan santun. Ibnu Miskawaih memerhatikan pula proses pendidikan akhlaq pada anak-anak. Menurut beliau, minda anak-anak seperti mata rantai daripada jiwa kebinatangan dan jiwa manusia yang berakal. Jiwa anak-anak itu menghilangkan jiwa binatang tersebut dan memunculkan jiwa kemanusiaannnya.

Sementara itu, nilai-nilai keutamaan yang harus menjadi perhatian ialah tentang aspek jasmani dan rohani. Beliau memberi keutamaan kepada pergaulan anak-anak supaya ditanamkan sifat kejujuran, qonaah, pemurah, suka mengalah, mngutamakan kepentingan orang lain, rasa wajib taat, menghormati kedua orang tua, serta sikap positif yang lain.

''Setiap manusia mempunyai potensi asal yang baik dan tidak akan berubah menjadi jahat, begitu pula manusia yang mempunyai potensi asal jahat sama sekali tidak akan cenderung kepada kebaikan, adapun mereka yang yang bukan berasal daripada keduanya maka golongan ini boleh beralih pada kebaikan atau kejahatan, bergantung dengan pola pendidikan, pengajaran dan pergaulan'.- Ibnu Miskawaih-

Awasi Gaya Belajar Anak-anak

Anak-anak gagal dalam pelajaran bukanlah disebabkan ketidakmampuan mereka belajar, tetapi mungkin kerana memiliki gaya belajar yang unik. Kajian terbaru mengenai gaya belajar telah menetapkan bahawa kita semua dilahirkan dengan pelbagai pilihan gaya belajar. Hasil kajian mendapati terdapat tiga gaya belajar yang asas iaitu:

Pelajar visual belajar paling baik jika maklumat tersebut disajikan dalam gambar, peta atau rajah. Ketika mereka membaca atau mendengar konsep-konsep baru, mereka membentuk imej dalam fikiran mereka. Kemudian mereka mengingati maklumat khusus dengan melihat gambar tertentu. Untuk memahami konsep baru, pelajar visual boleh menulis nota lengkap dengan cara langkah-demi-langkah. Jika mereka perlu untuk mengingati maklumat, mereka akan "melihat" maklumat melalui cara mereka menuliskannya.

Pelajar auditori menyerap maklumat dengan mendengar bukan hanya kata-kata, tetapi juga bunyi daripada suara pembicara seperti penekanan atau perbezaan dalam nada untuk menunjukkan tahap penting. Apabila mereka mengingati maklumat, mereka akan ingat cara mereka mendengarnya. Pelajar auditori selalunya tidak menyerap maklumat dari sebuah buku. Pelajar kelompok ini perlu berpartisipasi dalam diskusi kelompok dan sentiasa berbincang.

Taktil / kinestetik pelajar belajar dengan cara melakukan. Mereka memahami konsep-konsep baru ketika mereka melakukan maklumat baru secara fizikal. Cara belajar paling baik adalah dengan berpartisipasi dalam percubaan sains, kegiatan belajar dan kunjungan lapangan. Mereka cepat bosan semasa kuliah kerana mereka sangat ingin melakukan sesuatu.

Anak-anak tidak sedar gaya pembelajaran mereka, mereka hanya tahu bila mereka "mendapatkannya." Guru yang memaparkan anak-anak untuk semua gaya akan mengajarkan mereka untuk beradaptasi dengan metode belajar lainnya. Sebagai contoh, jika seorang anak tidak memahami konsep baru sampai diajarkan dalam gaya belajar mereka, mereka boleh membuat perbandingan dan hubungan antara ketiga gaya dan mulai beradaptasi. Untuk menentukan gaya belajar yang terbaik, bercakap dengan anak anda tentang pengalaman kelas mereka dengan pelbagai kaedah pengajaran dan mempertimbangkan gaya belajar online secara percuma yang akan membantu anda menentukan gaya apa yang terbaik untuk anak anda.

Saturday, October 17, 2009

PENGUKUHAN AKIDAH MELALUI SAINS

Masyarakat Islam kini berhadapan dengan pelbagai masalah yang rumit khususnya masalah sosial yang melanda remaja hari ini seperti zina, penceraian, rogol, sumbang mahram dan sebagainya yang semakin hari semakin tinggi peratusannya. Dalam usaha menyelesaikan masalah ini, pendekatan tembahan perlu diambil dalam penghayatan akidah kerana masalah-masalah tersebut berlaku disebabkan oleh kelemahan iman seseorang bukannya kerana kekurangan ajaran agama.

Akidah Islam yang merangkumi aspek-aspek uluhiyyah, nubuwwah, ruhaniyyah dan sam'iyat boleh dibuktikan dengan dalil naqli dan juga aqli. Hujah-hujah akal dan logik tidak boleh digunakan untuk membuktikan perkara-perkara kenabian dan perkara-perkara ghaib. Oleh sebab itu, usaha-usaha untuk membuktikan perkara-perkara tersebut menggunakan hujah akal menyebabkan kesesatan sebagaimana yang berlaku di zaman perkembangan falsafah Islam suatu ketika dulu.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pengukuhan akidah melalui penghayatan sains dalam al-Quran telah digunakan. Melalui pendekatan ini, ayat-ayat al-Quran yang menyatakan tentang fenomena alam diperjelaskan dengan menggunakan ilmu pengetahuan sains moden. perkara-perkara seperti syurga dan neraka, pahala dan dosa, hari akhirat, malaikat, jin, syaitan dan alam ghaib serta perkara-perkara lain juga diceritakan di dalam al-Quran.

Pengkajian alam tabii yang didorong oleh asas iman akan akhirnya menjadikan mereka insan sains seimbang dengan memiliki ciri-ciri berikut; Pertama, berilmu dan beriman, kedua, muslim iaitu tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T, ketiga, berakhlak dan keempat, berkemahiran dalam kaedah proses sains Islam.

Insan sains seimbang yang berkemahiran dalam kaedah proses sains Islam berupaya menyaksikan kebenaran alam nyata dan alam ghaib, dapat melaksanakan kemahiran dalam proses sains dengan menggunakan akal rasional dan daya intelektual sebagai alat pencerap kebenaran, mampu berfikir berpandukan wahyu, dan melaksanakan inferen melebihi alam nyata iaitu sehingga menjangkau alam metafizik serta akhirnya melaksanakan gabungan fikir dengan zikir.

Friday, October 16, 2009

MEMAHAMI BIDAAH

DALAM PERJALANAN UMAT ISLAM MERENTASI SEJARAH, TERDAPAT PELBAGAI KEKELIRUAN DALAM PENGHAYATAN ISLAM YANG TIMBUL AKIBAT KELEMAHAN ILMU DALAM MEMAHAMI ISLAM. DI SAMPING ITU, AMALAN-AMALAN SETEMPAT YANG ASALNYA BERADA DALAM LINGKUNGAN ADAT TURUT DITERUSKAN HINGGA BERLAKU PERCAMPURAN ANTARA AMALAN YANG DIBENARKAN OLEH SYARAK DAN SEBALIKNYA.

MELIHAT KEPADA KEADAAN TERSEBUT, MAKA AMAT WAJAR ADANYA USAHA UNTUK MEMPERJELASKAN HAKIKAT SEBENAR MENGENAI PERSOALAN YANG BERHUBUNG DENGAN BIDAAH DAN PANDANGAN ISLAM TERHADAP PERSOALAN TERSEBUT. DALAM MEMBICARAKAN PENGERTIAN BIDAAH, ULAMA' FIQH BERPENDAPAT BAHAWA SEGALA PERBUATAN TERCELA YANG MENYALAHI AL-KITAB, AS-SUNNAH DAN IJMA' ADALAH TERMASUK DALAM ERTI BIDAAH. MANAKALA SEGOLONGAN LAGI MELIHAT BIDAAH SEBAGAI PERBUATAN BARU SESUDAH NABI MUHAMMAD, BAIK KEBAJIKAN ATAU KEJAHATAN, SAMADA IBADAT ATAUPUN ADAT.

ANTARA CONTOH BIDAAH ADALAH MENGAHRAMKAN YANG HALAL DAN MENGHALALKANYANG HARAM, MENGUBAH KETENTUAN IBADAT, MENOLAK UNTUK BERHUJAH DENGAN SUNNAH, IALAH MEMBACA AL-QURAN ATAU BERZIKIR UNTUK SI MATI ATAU SI HIDUP BERTUJUAN UNTUK MENYELAMATKAN MEREKA DARIPADA API NERAKA KERANA PERBUATAN INI TIDAK PERNAH DIAMALKAN OLEH RASULULLAH UNTUK SESEORANG SAHABAT DAN SAHABAT JUGA TIDAK MELAKUKAN DI KALANGAN MEREKA.

WALAUBAGAIMANAPUN, FENOMENA INI BOLEH DIKAWAL DARI TERUS BERKEMBANG DALAM MASYARAKAT. ANTARANYA DENGAN MEMPERKENALKAN SUNNAH DAN MEMPERKEMBANGKANNYA DALAM MASYARAKAT MELALUI PENDIDIKAN YANG BAIK SECARA FORMAL ATAU TIDAK SUPAYA MEREKA DAPAT MENGHAYATI SUNNAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. SELAIN ITU, PERLU DIPASTIKAN BAHAWA SEBAB BERLAKUNYA BIDAAH DAPAT DIATASI DENGAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:
1) MENOLAK SEGALA BENTUK IJTIHAD DARIPADA MEREKA YANG BUKAN AHLI
2) MENGHAPUSKAN SIKAP TAKSUB MELULU TERHADAP SESUATU IJTIHAD
3) MENGAMBIL USAHA UNTUK MENGHALANG SETIAP PENDAPAT MENGENAI AKIDAH ISLAM ATAU KEPERCAYAAN YANG DIRAGUI.

SEBAGAI UMAT ISLAM, KITA DIGESA UNTUK MENJUNJUNG TINGGI SUNNAH RASULULLAH DAN BERUSAHA SEMAKSIMA MUNGKIN UNTUK MENJAUHI SEGALA BENTUK KHURAFAT LAGI SESAT.

Baitul Muslim

Masalah keruntuhan rumahtangga begitu menonjol dalam kehidupan masyarakat sekarang. Kes-kes yang berhubung dengan perkahwinan memang terlalu rumit untuk diselesaikan. Kerana itulah beberapa pihak mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini melalui Unit Kaunseling. Walaupun tidak mampu menyelesaikan masalah secara tuntas, tetapi peranannya amat diperlukan.

Perkahwinan merupakan suatu jalan yang sah disisi syarak bagi menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan juga wanita. Tetapi hikmah tasyri' disebalik sesebuah perkahwinan tidak terbatas setakat itu sahaja malahan ia menjangkau hingga kepada sesuatu yang tidak dapat difikirkan oleh manusia. Al-Quran menjelaskan bahawa ianya adalah untuk memenuhi fitrah emosi manusia seperti mendapat ketenangan jiwa dan kasih sayang.

Institusi kekeluargaan Islam adalah suatu bentuk perlindungan, jaminan sosial serta pengagihan tanggungjawab. Tidak terdapat sebarang kecelaruan tentang teori pembentukan sebuah keluarga Islam kerana telah ditentukan oleh prinsip-prinsip syarak bahawa pemilihan suami atau isteri adalah perlu berdasarkan kepada petunjuk-petunjuk tertentu.

Islam melihat kebahagiaan sesebuah rumahtangga bukan semata-mata terhad kepada anggotanya malahan keluarga dianggap sebagai tapak semaian bagi tumbuhnya sesebuah masyarakat. jika baik keluarga maka baiklah masyarakat dan jika rosak keluarga maka porak-perandalah masyarakat. Di samping itu, institusi keluarga dianggap sebagai penyalur dan pemindah budaya Islam untuk generasi yang akan datang.


Thursday, October 15, 2009

Audit Syariah Dalam Institusi Kewangan

Kepesatan perkembangan industri kewangan Islam dewasa ini amatlah dibanggakan. ini bererti kesedaran pengguna dan pelabur tentang kewajipan melaksanakan muamalat Islam adalah suatu keperluan dalam usaha mencapai kestabilan kewangan khasnya dan ekonomi amnya. disini perlunya Audit Syariah yang berperanan untuk memastikan setiap keputusan Majlis Pengawasan Syariah dilaksanakan dengan tepat dan betul oleh institusi kewangan terbabit.

Audit didefinisikan sebagai pemeriksaan dan pengesahan kira-kira manakala syariah ialah hukum Islam. Audit syariah dapat disimpulkan sebagai pemeriksaan dan pengesahan urus tadbir sesuatu organisasi bagi memastikan organisasi tersebut dikendalikan mengikut prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Islam..

Antara bidang tugas audit syariah adalah memberikan bantuan dan nasihat kepada organisasi secara komprehensif dalam pelbagai isu berkaitan syariah. Selain itu, tugas lain adalah memastikan segala urus tadbir bebas daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan syaraih seperti penipuan, pecah amanah, kecurian, pembaziran serta mencadangkan kawalan-kawalan untuk menghalang dan mengesan sebarang kejadian tersebut.
Apabila dicadangkan mengenai audit syariah ini, terdapat beberapa permasalahan yang timbul antaranya Jawatankuasa Audit Syariah di peringkat nasional masih belum ditubuhkan menyebabkan satu garis panduan audit syariah belum diusaha dan diperkenalkan lagi. Selain itu, tidak ada juruaudit berpengalaman dan betul-betul menguasai bidang audit syariah. Dalam masa yang sama, tidak terdapat badan-badan tertentu yang melatih Juruaudit Syariah secara menyeluruh dan berkesan.

Demi menjamin kesucian muamalat Islam amatlah wajar audit syariah dilaksanakan dan dikuatkuasakan, ianya bertujuan untuk memantau dan memastikan setiap keputusan Majlis Pengawasan Syariah dipatuhi oleh institusi kewangan Islam. Dalam konteks tuntutan semasa, Audit Syariah dilihat mampu untuk mempertingkat tadbir urus dalam sesebuah organisasi terutamanya berkaitan aspek syariah. Apa yang ingin ditekankan ialah bukan sekadar urus tadbir yang perlu menepati kehendak syariah tetapi juga tenaga kerjanya, perlu mempunyai sikap dan tingkah laku yang selaras dengan kehendak syarak.

NEGARA DALAM ISLAM

Islam adalah agama yang mempunyai beberapa ciri khusus, iaitu agama yang bersifat universal, sebagai jalan hidup, syariatnya menyeluruh merangkumi persoalan dunia dan akhirat, individu mahupun masyarakat umum. Untuk membolehkan agama berperanan dalam memajukan masyarakat, maka negara menjadi salah satu sarana yang sangat penting. Bukankah Islam agama yang sentiasa mengarah kepada disiplin, kejelasan tanggungjawab dan sebaliknya sangat membenci kekacauan dan keserabutan dalam segala perkara.

Satu bukti mudah yang dapat kita lihat adalah ketika Rasulullah s.a.w memerintahkan umat Islam supaya mengemaskan barisan dalam solat. Orang yang paling alimlah yang berhak menjadi imam. Begitu juga baginda pernah bersabda tentang kumpulan yang sama-sama melakukan perjalanan:

“Pilihlah seorang daripada kalian untuk menjadi pemimpin”

Negara Islam berasaskan keyakinan, pemikiran, risalah dan metod tersendiri, bukan sekadar sebagai pihak keselamatan dan pertahanan yang menjaga bangsa daripada perang samada antara suku bangsa ataupun daripada serangan negara lain. Tugas negara adalah lebih besar daripada itu, kerana ia juga berperanan mendidik masyarakat dan mengajarkan tuntutan dan dasar-dasar keislaman, menciptakan persekitaran yang positif, suasana yang kondusif untuk menterjemahkan akidah, pemikiran dan ajaran Islam kealam dunia nyata, menjadi teladan bagi orang-orang yang mendapat hidayah sekaligus sebagai hujah untuk mengalahkan orang-orang yang memilih jalan kehinaan.

Seterusnya negara Islam sebagai negara yang bertunjangkan tauhid ini bersifat universal yang berlandaskan kepada syura, kontrak(baiah), dan pilihan bebas yang dilakukan oleh umat melalui pilihan raya. Dengan kata lain, umat mempunyai hak untuk menilai pelaksanaan kepimpinan dengan cara yang sebaik-baiknya. Ini menunjukkan bahawa konsep ini lebih dekat dengan intipati demokrasi.

Tentang persoalan ahlu zimmah, perlu dilihat, bukankah zimmah bererti janji dan jaminan perlindungan? Jadi kaum minoriti menurut konsep Islam akan mendapat jaminan perlindungan daripada Allah, Rasulullah s.a.w serta kaum muslimin secara keseluruhan. Perjanjian dan perdamaian ini akan menjaga kehormatan mereka, melindungi agama, nyawa, harga diri dan harta kekayaan mereka.Dalam hal ini, dasar yang digunakan adalah ‘hak mereka sama dengan hak kami, kewajipan mereka sama dengan kewajipan kami’.

Di antara provokasi palsu yang sering digembar-gemburkan oleh pemikir-pemikir moden dan golongan sekularis samada aliran kanan ataupun kiri, adalah tuduhan mereka yang mengatakan bahawa pembentukan negara Islam yang berdasarkan syariat Islam adalah bertentangan dengan hak-hak asasi manusia dalam beberapa perkara iaitu kebebasan beragama dan hak-hak wanita. Hak asasi manusia menurut konsep Islam merangkumi hukum yang berkenaan dengan hak-hak peribadi yang bersifat peribadi, pemikiran, politik, undang-undang, sosial dan ekonomi. Juga dijelaskan bahawa Islam memberikan kebebasan kepada semua lapisan masyarakat umum secara serata.

Hak asasi manusia dalam Islam juga merangkumi kemaslahatan lelaki dan wanita, memperhatikan kemaslahatan anak-anak yang merupakan generasi yang memerlukan perhatian dan pendidikan yang baik secara syariat, merangkumi kepentingan Muslim mahupun bukan Muslim samada warganegara mahupun ataupun warga asing, menjamin hak setiap orang samada secara individu, kumpulan ataupun Negara.

Berdasarkan paparan di atas, dapat difahami bahawa hak-hak asasi manusia menurut Islam adalah suatu konsep yang jelas dan sah menurut ajaran islam itu sendiri. Konsep Islam mempunyai keistimewaan jika dibandingkan dengan konsep Barat kerana mempertimbangkan adanya keseimbangan antara hak dan kewajipan.

Islam memberikan legitimasi bagi pelaksanaan jihad untuk membela hak asasi manusia. Islam juga melarang umatnya melemahkan peringkat jihad ini sebagaimana Islam menolak penganiayaan terhadap seseorang. Ditambah lagi bahawasanya hauk untuk melakukan hijrah merupakan salah satu hak yang dijamin bagi setiap manusia agar dapat melindungi akidah serta fikirannya. Islam membolehkan apa saja cara dan sarana yang sah untuk membela kebenaran, merealisasikan keadilan dan melawan angkara murka.

Tiada pemisahan dalam agama dan politik

Strategi awal yang dilakukan oleh para sekularis bagi mewujudkan pemikiran mereka adalah mengubah hubungan antara negara dengan agama sesuai dengan teori yang mereka anuti. Mereka memisahkan politik daripada agama serta memisahkan agama daripada negara. Mereka juga mempopularkan ungkapan “Tiada agama dalam negara dan tiada negara dalam agama”. Mereka menganggap bahawa agama adalah persoalan yang bersifat peribadi.

Agama hanya dipandang sebagai ritual yang mengikut kepentingan tertentu, material, parti, kumpulan atau tujuan jangka pendek lainnya. Jika dikaitkan dengan agama, politik bererti keadilan bagi rakyat, pemberian hak yang sama, membantu rakyat yang tertindas dan menghukum pelaku-pelaku kejahatan, mengambil hak rakyat lemah daripada yang kuat, memberikan kesempatan yang sama, fakir miskin, perantau-perantau dan yang terpenting memenuhi hak rakyat ramai.

Menjauhkan politik dengan agama sama dengan menjauhkan politik daripada unsur-unsur pembentuk kebaikan dan penolak kejahatan, menjauhkan daripada pendorong kebaikan dan ketakwaan, serta membiarkan politik penuh dengan dosa dan permusuhan. Sebaliknya, mengaitkan politik dengan agama bererti membantu negara dalam memperbesar ‘kekuatan iman’ atau ‘kekuatan psikologi’ agar dapat melayani masyarakatnya. Juga mengisi politik dalam negara dengan petunjuk bukan dengan kesesatan, dengan istiqamah bukan dengan penyimpangan, dan secara bersih bukan dengan cara-cara kotor yang haram.

Kejayaan Islam di zaman silam memperlihatkan politik yang dikaitkan dengan agama membolehkan mereka mampu menakluk banyak negara malah mengalahkan negara-negara besar. Mereka mampu mendirikan negara keadilan dan kebenaran dan melengkapinya dengan budaya ilmu dan keimanan dengan bernaung dibawah bimbingan al-Quran. Sama halnya dengan Zionis yang berkuasa sekarang, mereka menggunakan agama (Yahudi) untuk mendirikan Negara Israel dan membentuk setiakawan umat Yahudi di seluruh pelusuk dunia dalam membela negaranya.

Begitu juga dengan George Walker Bush yang merupakan pengikut ekstrim aliran Gereja Kanan. Bagaimana mereka menggunakan agama mereka dalam memperkuat tirani politiknya yang membelenggu dunia dengan cara yang tidak benar. Fenomena ini jelas bertentangan dengan anggapan bahawa semua politik adalah sekular dan sama sekali tidak memberikan jalan terhadap agama.